28 December 2009

Mengapa melayu makan menggunakan tangan?

Melayu malaysia tengku kudin selangor

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya yang tersendiri. Makan merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian, cara makan juga merupakan satu budaya. Setiap bangsa mempunyai budaya dan cara makanan yg berbeza

Orang Cina menggunakan chopstick dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab tertentu mengapa mereka mengamalkan amalan tersebut

Orang Melayu makan menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan menggunakan tangan kananya......... !

Telatah Tengku Kudin diperhatikan oleh wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sebelahnya. Merasa tertarik dan pelik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

”Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab”

Pertama: "Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih”

Kedua: "Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya”

Ketiga: "Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang”

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

16 December 2009

Melayu

"Melayu itu orang yang bijaksana"

"Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan"

"Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak"

"Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu"
(Setelah disunat anunya itu)

"Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan"

"Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara"

"Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

"Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi"

"Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak"

"Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan"

"Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut"

"Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan"

"Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka"

-Usman Awang

12 December 2009

A to Z Phobia

A

Ablutophobia-fear of bathing or cleaning

Agraphobia-fear of sexual abuse

Androphobia-fear of man


Phobia's

Anthophobia-fear of flower

Aquaphobia-fear of water


B

Bacillphobia-fear of bacteria

Biphobia-dislike of bisexual


C

Catoptrophobia-fear of seen mirror


tom cruise phobias

Coulrophobia-fear of clowns

Cynophobia-fear of dogs


D

Decidophobia-fear to making decision

Dentophobia-fear of dentist


E

Emetophobia-fear of vomiting

Erotophobia-fear of sexual question

Entomophobia-fear of insect

Equinophobia-fear of horses

Ephebiphobia-fear of youth


G

celebrity phobias

Gelotophobia-fear of being laughed

Gephyrophobia-fear of bridge

Genophobia-fear of having a sex

Gerascophobia-fear of growing old

Glossophobia-fear of speaking in public

Gymnophobia-fear of nudity

Gynophobia-fear of woman


H

Heliophobia-fear of sunlight

what is phobia
Hemophobia-fear of blood

Hexakosioihexekontahexaphobia-fear of number 666

Hoplophobia-fear of weapon (guns)

Herpetophobia-fear of reptiles

I

Ichthyophobia-fear of fish


J

allergic

Judeophobia-fear of jews


L

Ligyrophobia-fear of loud noise

Lipophobia-fear of fat in food


M

Megalophobia-fear of oversized object

Mysophobia-fear of dirty environment


N

anti
Necrophobia-fear of death

Neophobia-fear of reading news or novel

Nosocomephobia-fear of hospital

Nyctophobia-fear of darkness place


O

Osmophobia-fear of smell

Ornithophobia-fear of bird

Ombrophobia-avoid to rain


P

A-Z
Paraskavedekatriaphobia-fear of 13th day of friday

Phasmophobia-fear of ghost

Phobophobia-fear of having phobia

Pyrophobia-fear of fire

Pediophobia-fear of children

Psychophobia-fear of mental illness

R

Radiophobia-fear of x-ray

S

Sociophobia-fear of social group

Somniphobia-fear of sleep

Scoleciphobia-fear of worm


Answer
Selachophobia-fear of shark


T

Taphobia-fear of graveyard

Technophobia-fear of technology

Tetraphobia-fear of number 4

Tokophobia-fear of childbirth

Triskaidekaphobia-fear of number 13


V

Venusphobia-fear of beauty woman


W

Work placephobia-fear of work place


X

Xenophobia -fear of foreigner


Z

Zoophobia-fear of zoo