08 January 2010

As-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin

freepalestine,jihad




“Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab,sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?”

-Allayarham Syeikh Ahmad Yaasin




Sesungguhnya aku,seorang tua lagi lemah,tidak mampu memegag pena dan menyandang senjata dengan tanganku yg sudah mati(lumpuh).Aku bukan seorang pemidato yang lantang dan mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yg lemah


Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat yg kuhajati kecuali mereka menggerakkan (kerusi roda) ku.Aku,yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia.Aku,yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.


Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga mereka menjadi begitu lemah? Adakah kalian semua begitu,wahai bangsa Arab,kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa?


Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan demi Allah.Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan kami?


Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya(zionis) adalah kemuliaan.Tidak malukah negara-negara umat islam membiarkan zionis dan sekutunya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat darah dan airmata kami.


Adakah pertubuhan umat ini,pasukan tenteranya,parti-partinya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana allah dengan kemarahan sebenarnya lali mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan;


“Ya Allah,perkuatkanlah saudara kami yang sedang dipatahkan tulang-temulang mereka,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh,bukan mati dalam keadaan melarikan diri.Kami akan mati bersama-sama anak-anak,wanita-wanita,orang-orang tua dan pemuda-pemuda.


Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat ummat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah kalah.”Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahiddin dan syuhada”.


Jika kalian mahu,marilah bersama-sama kami sedaya mungkin.Tugas membela kami dipikul di bahu kalian.Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


”Ya Allah, kami mengadu kepadaMu.. kami mengadu kepadaMu..
Kami mengadu kepadaMu..kami mengadu kepadaMu..
Lemahnya kami dan kurangnya helah kami.
Demikianlah kami dihadapan manusia.Engkaulah Tuhan kpd
orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami।Kepada siapa Engkau tinggalkan kami।Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami.Atau kepada manusia yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah,kami mengadu kepadaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah,kami mengadu kepadaMu, berseleraknya ummat kami,berpecahnya perpaduan kami,berbagai-bagai haluan kami,terkebelakangnya kami.
Kami mengadu kepadaMu,betapa lemahnya kaum kami,betapa tidak bermaya-nya umat di sekelilingi kami dan betapa-nya berjayanya musuh-musuh kami



Syeikh Ahmad Yaasin merupakan pengasas parti Hamas di Palestin.
Beliau telah dibunuh pada 22 Mac 2004 semasa menunaikan solat subuh.
Beliau dan sembilan pengikutnya dibunuh dengan tiga butir roket yang ditembak menggunakan helikopter Apachee di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Hayyu Syabra,Timur Genting Gaza