14 February 2010

Haram menyambut Valentine Day

Pada tanggal 14 February setiap tahun.Seluruh dunia menyambut hari kekasih yang dikenali sebagai Valentine Day.Valentine day merujuk hari meraikan pasangan.Meskipun Valentine day merupakan budaya masyarakat barat.


Masyarakat melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari berkenaan,tidak cukup dengan itu,mereka secara bangga memilih tarikh berkenaan untuk melangsungkan pertunangan mahupun perkahwinan.


Sebenarnya,budaya menyambut hari kekasih ini semakin mendapat tempat di hati pasangan melayu yang sedang hangat bercinta.Tarikh 14 Februari sentiasa dinantikan dan lebih malang lagi,apabila ditanya hari kebesaran islam seperti tarikh kelahiran rasullah SAW dan peristiwa hijrah mereka pasti akan terpinga-pinga.


Sebagai ummat islam yang menyembah tuhan yang satu dan bersaksi muhammad SAW pesuruhnya.kita mengetahui bahawa beramal dan mengikut budaya yang bertentangan dengan ajaran islam itu boleh menjejaskan akhlak,akidah dan keimanan kita.


Menyambut hari kekasih boleh menjejaskan akidah kerana menurut Ken Swinger dalam tulisanya “Should Biblical Christians Observe It” menjelaskan bahawa perkaran ‘Valentine’ berasal dari perkataan latin yang membawa maksud ‘yang perkasa,kuat dan kuasa’.Ini dirujuk kepada Nimpoe dan Lupercus,tuhan masyarakat Rom.Dalam hal ini,sedar atau tidak.mereka yang meraikan hari ‘Valentine’ ini diibaratkan menghidupkan budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung dan tuhan masyarakat Rom


Bagi masyarakat barat.meraikan hari kekasih perlu disambut dengan seks bebas.Seks bebas jelas bertentangan dengan ajaran islam.Seperti dinyatakan dalam surah al Isra ayat 17:32

“Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina adalah perbuatan yang keji dan buruk”

Al-Isra 17:31

Menurut sejarah,ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari ‘Valentine” ini

  • Sebelum abad ke-17 masihi,masyarakat rom meraikan hati Valentine pada 14 February setiap tahun sbg hari mencintai tuhan dan patung mereka.Dalam sambutan tersebut,mereka mengorbankan anjing dan kambing betina dan melumurkan darah haiwan tersebut pada tubuh dua orang pemuda.Tubuh pemuda yang berlumuran dgn darah tadi dibasuh dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah kota Rom.

    Ketika perarakan berlangsung,pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kpd sesiapa sahaja gadis yang mereka jumpa.Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabait,kerana mereka percaya bahawa darah itu boleh menghalang mereka daripada menjadi mandul

  • valentine haram disisi islam

    ‘Valentine’ adalah paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella(sepanyol).Kedudukanya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi Besar Pope,Paderi Valentine merupakan orang yang bertanggung jawab menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova,Sepanyol.

    Jasanya adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan dan sangat bermakna.Sehubungan dengan itu,tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun.Hal ini bertujuan mengenang semua jasa-jasa Valentine dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol