05 June 2010

Dr Burhanuddin Al-Helmy - Pejuang Agama,Bangsa dan Negara


"Jika cita-cita kita merupakan sebuah bangunan,maka kita semua adalah merupakan batu bata yang disusun menjadi kesatuan bagi mendirikan bangunan itu"



Nama                   Dr Burhanuddin Al-Helmi

Tempat Lahir        Tanjung Tualang,Perak

Tarikh Lahir          29 Ogos 1911

Meninggal Dunia   25 Oktober 1969


Pendidikan

  • Sekolah Melayu Behrang Ulu,Tanjung Malim
  • Sekolah Melayu Belirang Ulu Bakap
  • Tanah Datar Sumatera Barat
  • Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang
  • Mendapat gelaran Dr selepas mengikuti bidang Homeopati di India
  • Boleh berbahasa Arab,German,Belanda dan Perancis                                                                       

Kronologi Politik

  • Menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939
  • Pernah berkerja dengan pihak Jepun di Taiping
  • Memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas mengambil alih daripada Mukhtaruddin Lasso selepas Perang Dunia Ke-2
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menetang pelaksaan Malayan Union semasa penyertaan dalam UMNO
  • PKMM keluar daripada UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan
  • PKMM bergabung dengan AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock
  • Beliau bertemu Sukarno dan Hatta di Taiping pada tahun 1945

Karya

  • Perjuangan Kita 1946
  • Falsafah Kebangsaan Melayu 1947
  • Agama dan Politik 1954
  • Ideologi Politik Islam 1957

Kematian
  • Meninggal pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada penyakit lelah.Beliau jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA.dikatakan menghidap batu karang kerana beliau kerap menahan membuang air kecil untuk mengelak daripada membuang air kecil tempat sembahyang beliau iaitu di sel penjara


Anugerah

  • Pingat Emas Commander of World Order of Human Merit daripada I'Ordre Universal du Merit Human,Geneva pada 15 November 1959 atas sumbangan pembangunan perubatan homeopati






Kuciptakan lagu untukmu,
Kunyanyikan syair buatmu,
Tentang perjuangan,
Tentang pengorbanan.

Kau yang bertubuh kecil,
Tetapi berjiwa besar,
Tegas pendirian,
Dan berhati mulia.

Dari utara hingga selatan,
Lantang suaramu,
Menentang penjajahan,
Melawan penindasan.

Demi untuk negara,
Demi untuk merdeka,
Kebebasanmu dirampas,
Tetapi, jiwamu … tetap merdeka.

Chorus:
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Kata-kata azimat darimu,
Tak pernah kami lupa.

Walaupun kini jasadmu telah tiada,
Namun semangatmu membakar jiwa,
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan,
Pengorbananmu (perjuanganmu).

Pencipta-Black