28 December 2009

Mengapa melayu makan menggunakan tangan?

Melayu malaysia tengku kudin selangor

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya yang tersendiri. Makan merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian, cara makan juga merupakan satu budaya. Setiap bangsa mempunyai budaya dan cara makanan yg berbeza

Orang Cina menggunakan chopstick dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab tertentu mengapa mereka mengamalkan amalan tersebut

Orang Melayu makan menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan menggunakan tangan kananya......... !

Telatah Tengku Kudin diperhatikan oleh wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sebelahnya. Merasa tertarik dan pelik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

”Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab”

Pertama: "Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih”

Kedua: "Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya”

Ketiga: "Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang”

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

16 December 2009

Melayu

"Melayu itu orang yang bijaksana"

"Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan"

"Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak"

"Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu"
(Setelah disunat anunya itu)

"Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan"

"Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara"

"Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

"Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi"

"Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak"

"Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan"

"Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut"

"Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

"Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan"

"Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka"

-Usman Awang

12 December 2009

A to Z Phobia

A

Ablutophobia-fear of bathing or cleaning

Agraphobia-fear of sexual abuse

Androphobia-fear of man


Phobia's

Anthophobia-fear of flower

Aquaphobia-fear of water


B

Bacillphobia-fear of bacteria

Biphobia-dislike of bisexual


C

Catoptrophobia-fear of seen mirror


tom cruise phobias

Coulrophobia-fear of clowns

Cynophobia-fear of dogs


D

Decidophobia-fear to making decision

Dentophobia-fear of dentist


E

Emetophobia-fear of vomiting

Erotophobia-fear of sexual question

Entomophobia-fear of insect

Equinophobia-fear of horses

Ephebiphobia-fear of youth


G

celebrity phobias

Gelotophobia-fear of being laughed

Gephyrophobia-fear of bridge

Genophobia-fear of having a sex

Gerascophobia-fear of growing old

Glossophobia-fear of speaking in public

Gymnophobia-fear of nudity

Gynophobia-fear of woman


H

Heliophobia-fear of sunlight

what is phobia
Hemophobia-fear of blood

Hexakosioihexekontahexaphobia-fear of number 666

Hoplophobia-fear of weapon (guns)

Herpetophobia-fear of reptiles

I

Ichthyophobia-fear of fish


J

allergic

Judeophobia-fear of jews


L

Ligyrophobia-fear of loud noise

Lipophobia-fear of fat in food


M

Megalophobia-fear of oversized object

Mysophobia-fear of dirty environment


N

anti
Necrophobia-fear of death

Neophobia-fear of reading news or novel

Nosocomephobia-fear of hospital

Nyctophobia-fear of darkness place


O

Osmophobia-fear of smell

Ornithophobia-fear of bird

Ombrophobia-avoid to rain


P

A-Z
Paraskavedekatriaphobia-fear of 13th day of friday

Phasmophobia-fear of ghost

Phobophobia-fear of having phobia

Pyrophobia-fear of fire

Pediophobia-fear of children

Psychophobia-fear of mental illness

R

Radiophobia-fear of x-ray

S

Sociophobia-fear of social group

Somniphobia-fear of sleep

Scoleciphobia-fear of worm


Answer
Selachophobia-fear of shark


T

Taphobia-fear of graveyard

Technophobia-fear of technology

Tetraphobia-fear of number 4

Tokophobia-fear of childbirth

Triskaidekaphobia-fear of number 13


V

Venusphobia-fear of beauty woman


W

Work placephobia-fear of work place


X

Xenophobia -fear of foreigner


Z

Zoophobia-fear of zoo


08 September 2009

Pendidikan Seni Visual STPM

mula2 nk amek subject tambahan la konon.
at the end.
project da mcm bodoh.
ahahahaa

Folio pun copy paste je.
kesilapan besar yg aku buat thn 2009 nie amek sbjk seni.


the beginning
Pendidikan Seni Visual STPM

final touch
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STPM

Seni Visual


Folio

Lukisan Arca



Art
yes we can!

Drawing

Tingkatan 6

Malaysian High Education

Soalan-soalan STPM

SPM

calon STPM

Subjek STPM

17 June 2009

Karekter diri melalui bulan

january
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik,rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan dirisendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belaja kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi...


febuary
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, kerashati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan danada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, sukahiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul,amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi


march
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semula jadi,jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg di tuturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain,tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumah tangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


april
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindakbuat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih,penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try controlthe emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu


mei
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran ygtajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain& menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segimental & fizikal, tidak perlu di motivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros


jun
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut,mudah berubah sikap, perangai idea @mood idea yg terlalu banyak dikepala,bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukansesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, sukabercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangattertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema,suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati,suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilanyg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetap siapa menegur saya adalah kawan saya


julai
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki,Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila di susahkanMudah dipujukdan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka bendaremeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring danmengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi dayasimpati pemerhatian yg tajam suka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa ataukawan lama suka mendiamkan dirisuka duduk dirumah suka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perut mudah gemuk kawal tak kawal diet minta disayangi mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja


august (fokus lebih kat bulan nie)
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego,nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan


september
sangat bersopan santun & bertolak ansur sangat cermat,teliti & teratur suka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapipanda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur kerja yg dilakukan sangat sempurna sangat sensitif yg tidak di ketahui org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baik otak bijak & mudah belajar sukamencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia suka sukan,hiburan & melancong kurang menunjukan perasaannya terluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yg luas bersistematik


oktober
suka sembang suka org yg sayang padanya suka ambil jln tengahsangat menawan& sopan santun kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong& berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawan sentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama cepat marah macam pentingkan diri sendiri tidak menolong org kecuali diminta suka melihat dari perspektifnya sendiri tidak suka terima pandangan org lain emosi yg mudah terusik suka berangan & pandai bercakap emosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemahlembut romantik dlm percintaan mudah terusik hati & cemburu ambil berat tentang org lain suka kegiatan luar org yg adil boros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat


november
banyak idea dalam perkara, sukar utk di mengertikan atau difahami sikapnya,berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik,sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyakberfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargaipujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi,amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


disember
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabardan tergesa-gesa Bercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dgn org Suka dipuji,diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yg berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

07 June 2009

Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini:Father of Revolution


Ayatollah Khomeini

Pada 3 June tahun ini,2009.Genap 20 tahun pemergian ikon revolusi Iran iaitu Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini atau lebih dikenali sebagai Imam Khomeini.Bagi rakyat Iran khususnya golongan Syiah,Bulan June merupakan bulan
kebesaran sempena mengenang hari kematian khomeini pada tanggal 3June 1989 dan wafatnya puteri kesayangan Rasullah iaitu Fatimah Az-Zahra.Fatima Az-Zahra sangat dihormati di Iran dan perkataan Az-Zahra menjadi perkataan kegemaran golongan Syiah.Golongan Syiah yg dahulunya tidak dikenali dan tiada kuasa,akhirnya membuka mata seluruh masyarakat dunia dengan mewujudkan sebuah negara Republik Islam yang mengamalkan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.

revolusi iran
Khomeini dilahirkan di pekan Khomeini,300 Km dari bandar Tehran pada tahun 17Mei 1990.Beliau digelar As-sayyid dan didakwa berketurunan Nabi Muhammad SAW.Khomeini mula belajar Quran ketika berumur enam tahun.Beliau mendapat pendidikan awal di rumah dan juga di sebuah sekolah tempatan dan dibawah penjagaan Mullah Abdul-Qassem dan Sheikh Jaffar. Beliau juga turut dijaga oleh abang beliau, Ayatollah Pasandideh.

Khomeini tidak aktif dalam politik, tetapi kajian dan buku-buku terbitan beliau membuktikan bahawa beliau percaya yang ulama haruslah melibatkan diri dalam politik. Beliau adalah antara ulama-ulama Iran yang pertama membangkang sistem sekular pada 1940 an. Gelaran marja kemudiannya dianugerahkan kepada beliau pada tahun 1963, berikutan kawafatan Ayatollah Seyyed Husayn Borujerdi.

Iraq-iran

Khomeini juga menganggap "Kepimpinan yang berkarisma lebih penting daripada populariti".Beliau mendapat sokongan hampir 98% sokongan rakyat Iran.Sesuatu yang amat menakjubkan.Beliau mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie kepada seluruh umat Islam seluruh dunia kerana karya Salman Rushdie yang berjudul The Satanic Verses.


Beliau dinamakan Man of The Year pada tahun 1979 oleh majalah TIME.Penglibat beliau tidak terbatas hanya pada politik sahaja,beliau banyak mencipta sajak dan Puisi dalam Kesusasteraan Iran.

Ahmadinejad


Apabila Shah Reza Pahlavi ditabalkan sebagai shah Iran.Golongan ulama ditindas dengan dasar anti ulama dan Revolusi Putih yang dilancarkan baginda. Putera baginda Shah Mohammad Reza Pahlavi,meneruskan dasar tersebut.Walaupun dasar tersebut baik,golongan ulama ditindas dan Khoemini menyuarakan bantahan terhadap Shah Iran menyebabkan beliau diusir ke Iraq serta merta.


Setelah Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq,beliau dihalau oleh Saddam dan melarikan diri di Neauphle-le-Château,Perancis.Semasa di Iraq,beliau banyak memberi ceramah dan menulis buku yang telah dijadikan asas penubuhan Republik Iran.Penulisan beliau dipengaruhi oleh Plato.Beliau menerima pandangan dan falsafah yang diamalkan oleh philisopher Rom tersebut.Beliau juga banyak dipegaruhi dengan pemikiran pemikir agung islam seperti Ibnu Sina dan Mulla Sadra.Beliau mencipta sajak2 yang menaikkan semangat para pejuang Iran yang bertempur semasa perang Iraq-Iran dan masih didendangkan setiap tahun oleh anaknya di memorial perang hingga ke hari ini.

saddam hussein
Ketika dalam buangan, Khomeini enggan pulang ke Iran selagi Shah Mohammad Reza masih memerintah. Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad meninggalkan Iran atas alasan untuk percutian. Tetapi beliau tidak pernah kembali selepas itu. Dua minggu selepas itu, Imam Khomeini pulang semula ke Iran dan ketibaan beliau di Mehrabad,Tehran disambut dengan meriahnya oleh penduduk Iran.


Antara yang menarik perhatian saya ialah,sambutan yang diterima Imam Khomeini adalah luar biasa sedangkan beliau dibuang negeri sehingga ke perancis dan apakah yang mendorong rakyat Iran menyambut ketibaan Khomeini?Beliau hanya merakam segala ceramah dan syarahan yang disampaikan oleh beliau menggunakan pita kaset,dan pita tersebut diseludup masuk ke Iran.Jika kita lihat di negara kita hari ini.Punca kekalahan BN pada PRU 12 lalu juga disebabkan Blog dan Internet yang menjadi sumber maklumat yang dipercayai.Adakah BN juga akan menerima nasib yang sama seperti Shah Iran?Terima kasih kepada Iman Khomeini kerana idea tersebut.Dengan Syarahan yang berapi-api dan ceramah yang menuntut keadilan dan menegakkan Islam,Ia telah menaikkan semangat rakyat Iran untuk menggulingkan Shah Iran sekaligus menghapuskan pemerintahan monarki di negara kelahiran Al-Ghazali tersebut.


syiah
Semasa Perang Iraq-Iran,Khomeini ada menasihatkan Saddam Hussein supaya bertaubat dan membayangkan jika Saddam mengingkari untuk bertaubat.Saddam akan mati dalam keadaan yang hina ibarat Adolf Hitler Membunuh diri dengan menembak dirinya.Apa yang dikatakan beliau menjadi kenyataan apabila diktator Iraq itu ditemui dibwah lubang tikus dalam keadaan kotor dan selekeh ditambah pula dikenakan hukuman gantung oleh Amerika Syarikat yang dimana semasa Perang Iraq-Iran adalah peyokong kuat Saddam untuk menetang Iran.


"Ulama adalah pewaris nabi".Kata-kata tersebut diharapkan menjadi pedoman kita hari ini dimana golongan ulama dihina dan dikutuk.


Sebagai pemangkin semangat kepada rakyat Iran,Khomeini menyeru askar-askar supaya berjihad menentang Iraq habis habisan.Pada 30,31 March 1979.Satu referundum telah dibuat supaya kerajaan monarki ditukar kpd kerajaan republik islam dan mendapat sokongan 98% rakyat Iran.

kuasa nuklear
Dibawah pemerintahan beliau,Iran mengalami perubahan yang ketara dari segi sosial,ekonomi dan politik.Antara yang diperkenalkan ialah Revolusi Kebudayaan Islam yang menggariskan etika pakaian yang sopan.Semua musik dan filem yang berasal dari barat turut diharamkan semasa pemerintahan beliau.Demokrasi yang diamalkan beliau terbukti dengan menerima pandangan daripada golongan profesional dan sekular untuk memajukan Iran.

singa arab

Selama 11 hari terlantar di hospital,Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 June 1989 semasa beliau berusia 86.Pemergian beliau ditangisi oleh seluruh rakyat Iran dan juga ummat islam seluruh dunia.Mereka berarak dan berebut-rebut untuk mengusung keranda beliau.

2 juta rakyat Iran menghadiri majlis pengebumian beliau.Sehinggakan keranda kayu yang membawa mayat beliau hampir pecah akibat mereka berebut-rebut mahu mengangkat
keranda beliau.Akhirnya keranda beliau ditukar dengan keranda besi dengan kawalan keselamatan yang ketat.Imam Khomeini dikuburkan di Kompleks Khomeini di Iran.Dari seorang yang hidup dalam buangan hinggalah kewafatan beliau.Imam Khomeini sentiasa dipuja di Iran.


"Ketika kita sibuk bergaduh samada mahu mengangkat tangan atau tidak semasa solat,Yahudi sentiasa memikirkan bagaimana mahu memotong tangan kita"

-Imam Ayatollah Khomeini