07 June 2009

Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini:Father of Revolution


Ayatollah Khomeini

Pada 3 June tahun ini,2009.Genap 20 tahun pemergian ikon revolusi Iran iaitu Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini atau lebih dikenali sebagai Imam Khomeini.Bagi rakyat Iran khususnya golongan Syiah,Bulan June merupakan bulan
kebesaran sempena mengenang hari kematian khomeini pada tanggal 3June 1989 dan wafatnya puteri kesayangan Rasullah iaitu Fatimah Az-Zahra.Fatima Az-Zahra sangat dihormati di Iran dan perkataan Az-Zahra menjadi perkataan kegemaran golongan Syiah.Golongan Syiah yg dahulunya tidak dikenali dan tiada kuasa,akhirnya membuka mata seluruh masyarakat dunia dengan mewujudkan sebuah negara Republik Islam yang mengamalkan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.

revolusi iran
Khomeini dilahirkan di pekan Khomeini,300 Km dari bandar Tehran pada tahun 17Mei 1990.Beliau digelar As-sayyid dan didakwa berketurunan Nabi Muhammad SAW.Khomeini mula belajar Quran ketika berumur enam tahun.Beliau mendapat pendidikan awal di rumah dan juga di sebuah sekolah tempatan dan dibawah penjagaan Mullah Abdul-Qassem dan Sheikh Jaffar. Beliau juga turut dijaga oleh abang beliau, Ayatollah Pasandideh.

Khomeini tidak aktif dalam politik, tetapi kajian dan buku-buku terbitan beliau membuktikan bahawa beliau percaya yang ulama haruslah melibatkan diri dalam politik. Beliau adalah antara ulama-ulama Iran yang pertama membangkang sistem sekular pada 1940 an. Gelaran marja kemudiannya dianugerahkan kepada beliau pada tahun 1963, berikutan kawafatan Ayatollah Seyyed Husayn Borujerdi.

Iraq-iran

Khomeini juga menganggap "Kepimpinan yang berkarisma lebih penting daripada populariti".Beliau mendapat sokongan hampir 98% sokongan rakyat Iran.Sesuatu yang amat menakjubkan.Beliau mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie kepada seluruh umat Islam seluruh dunia kerana karya Salman Rushdie yang berjudul The Satanic Verses.


Beliau dinamakan Man of The Year pada tahun 1979 oleh majalah TIME.Penglibat beliau tidak terbatas hanya pada politik sahaja,beliau banyak mencipta sajak dan Puisi dalam Kesusasteraan Iran.

Ahmadinejad


Apabila Shah Reza Pahlavi ditabalkan sebagai shah Iran.Golongan ulama ditindas dengan dasar anti ulama dan Revolusi Putih yang dilancarkan baginda. Putera baginda Shah Mohammad Reza Pahlavi,meneruskan dasar tersebut.Walaupun dasar tersebut baik,golongan ulama ditindas dan Khoemini menyuarakan bantahan terhadap Shah Iran menyebabkan beliau diusir ke Iraq serta merta.


Setelah Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq,beliau dihalau oleh Saddam dan melarikan diri di Neauphle-le-Château,Perancis.Semasa di Iraq,beliau banyak memberi ceramah dan menulis buku yang telah dijadikan asas penubuhan Republik Iran.Penulisan beliau dipengaruhi oleh Plato.Beliau menerima pandangan dan falsafah yang diamalkan oleh philisopher Rom tersebut.Beliau juga banyak dipegaruhi dengan pemikiran pemikir agung islam seperti Ibnu Sina dan Mulla Sadra.Beliau mencipta sajak2 yang menaikkan semangat para pejuang Iran yang bertempur semasa perang Iraq-Iran dan masih didendangkan setiap tahun oleh anaknya di memorial perang hingga ke hari ini.

saddam hussein
Ketika dalam buangan, Khomeini enggan pulang ke Iran selagi Shah Mohammad Reza masih memerintah. Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad meninggalkan Iran atas alasan untuk percutian. Tetapi beliau tidak pernah kembali selepas itu. Dua minggu selepas itu, Imam Khomeini pulang semula ke Iran dan ketibaan beliau di Mehrabad,Tehran disambut dengan meriahnya oleh penduduk Iran.


Antara yang menarik perhatian saya ialah,sambutan yang diterima Imam Khomeini adalah luar biasa sedangkan beliau dibuang negeri sehingga ke perancis dan apakah yang mendorong rakyat Iran menyambut ketibaan Khomeini?Beliau hanya merakam segala ceramah dan syarahan yang disampaikan oleh beliau menggunakan pita kaset,dan pita tersebut diseludup masuk ke Iran.Jika kita lihat di negara kita hari ini.Punca kekalahan BN pada PRU 12 lalu juga disebabkan Blog dan Internet yang menjadi sumber maklumat yang dipercayai.Adakah BN juga akan menerima nasib yang sama seperti Shah Iran?Terima kasih kepada Iman Khomeini kerana idea tersebut.Dengan Syarahan yang berapi-api dan ceramah yang menuntut keadilan dan menegakkan Islam,Ia telah menaikkan semangat rakyat Iran untuk menggulingkan Shah Iran sekaligus menghapuskan pemerintahan monarki di negara kelahiran Al-Ghazali tersebut.


syiah
Semasa Perang Iraq-Iran,Khomeini ada menasihatkan Saddam Hussein supaya bertaubat dan membayangkan jika Saddam mengingkari untuk bertaubat.Saddam akan mati dalam keadaan yang hina ibarat Adolf Hitler Membunuh diri dengan menembak dirinya.Apa yang dikatakan beliau menjadi kenyataan apabila diktator Iraq itu ditemui dibwah lubang tikus dalam keadaan kotor dan selekeh ditambah pula dikenakan hukuman gantung oleh Amerika Syarikat yang dimana semasa Perang Iraq-Iran adalah peyokong kuat Saddam untuk menetang Iran.


"Ulama adalah pewaris nabi".Kata-kata tersebut diharapkan menjadi pedoman kita hari ini dimana golongan ulama dihina dan dikutuk.


Sebagai pemangkin semangat kepada rakyat Iran,Khomeini menyeru askar-askar supaya berjihad menentang Iraq habis habisan.Pada 30,31 March 1979.Satu referundum telah dibuat supaya kerajaan monarki ditukar kpd kerajaan republik islam dan mendapat sokongan 98% rakyat Iran.

kuasa nuklear
Dibawah pemerintahan beliau,Iran mengalami perubahan yang ketara dari segi sosial,ekonomi dan politik.Antara yang diperkenalkan ialah Revolusi Kebudayaan Islam yang menggariskan etika pakaian yang sopan.Semua musik dan filem yang berasal dari barat turut diharamkan semasa pemerintahan beliau.Demokrasi yang diamalkan beliau terbukti dengan menerima pandangan daripada golongan profesional dan sekular untuk memajukan Iran.

singa arab

Selama 11 hari terlantar di hospital,Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 June 1989 semasa beliau berusia 86.Pemergian beliau ditangisi oleh seluruh rakyat Iran dan juga ummat islam seluruh dunia.Mereka berarak dan berebut-rebut untuk mengusung keranda beliau.

2 juta rakyat Iran menghadiri majlis pengebumian beliau.Sehinggakan keranda kayu yang membawa mayat beliau hampir pecah akibat mereka berebut-rebut mahu mengangkat
keranda beliau.Akhirnya keranda beliau ditukar dengan keranda besi dengan kawalan keselamatan yang ketat.Imam Khomeini dikuburkan di Kompleks Khomeini di Iran.Dari seorang yang hidup dalam buangan hinggalah kewafatan beliau.Imam Khomeini sentiasa dipuja di Iran.


"Ketika kita sibuk bergaduh samada mahu mengangkat tangan atau tidak semasa solat,Yahudi sentiasa memikirkan bagaimana mahu memotong tangan kita"

-Imam Ayatollah Khomeini

2 comments:

fezaL Mohd said...

amat panjang dah amat bermakna
lebey kureng

jalan cerita zaman skrg la
parti ulama PAS

lebih terarah kpd ulama..
aku ska

bekas pemuda PAS salahudin ayub
dan pemimpin mereka TOK GURU NIK AZIZ

tapi tk berkenan kpd presiden hadi awang
yg banyak bercakap tak tetap pendirian..

takbirr!!!

pejuang said...

imam khomeini..ni pengaruh faisal tehrani ni..hehe