07 September 2010

Nasihat Hujjatul Islam Al-Ghazali kepada para pemerintah


“Tuan ketahuilah,bahawa kota Thus ini sedang berada di dalam keruntuhan,kerana kelaparan dan kezaliman.Sewaktu rakyatnya mendengar berita bahawa Tuan akan mengunjungi ke daerah mereka datang dari Asfarain dan Damagan,mereka mati ketakutan.Kaum tani menjual hasil-hasil pertanian mereka,sedangkan pembesar-pembesar yang zalim dan pegawai-pegawai yang korup berusaha mengambil hati rakyat (untuk menutup segala dosa mereka yang lampau),kerana khuatir akan penyelidikan Tuan yang mendalam tentang perbuatan mereka dan perubahan  serta keadilan yang Tuan laksanakan.
                                                 
          Tetapi setelah Tuan berkunjung ke Thus dan mereka melihat tidak ada apa-apa perbaikan yang Tuan lakukan,maka hilanglah segala kekhuatiran penzalim-penzalim dan koruptor-koruptor itu.Petani-petani dan pedagang-pedagang bersikap sewenang-wenangnya lagi menjual barang-barangan mereka dengan harga yang mahal dan sangat membebankan rakyat,dan mereka menimbun barang-barang lagi untuk dijual mahal-semahalnya,sedang pembesar-pembesar yang zalim dan pengawai yang korup semakin berani menganiaya rakyat.

          “Semua laporan yang bertentangan dengan ini mengenai kota Thus ini,Tuan ketahuilah bahawa datangnya dari orang yang menjadi musuh agama Tuan”

“Tuan ketahuilah,bahawa doa rakyat Thus,baik ataupun buruk,adalah didengar Tuhan.Berkali-kali sudah saya menasihati pembesar setempat,tetapi tidak sudi mendengarnya,sebab nasihat itu hanyalah berguna untuk orang yang sedar,tetapi menjadi hukuman atas orang yang lainnya”

          “Tuan ketahuilah,bahawa laporan ini adalah keras,pahit dan kasar bunyinya.Hanyalah orang-orang yang jujur yang tidak mengharapkan apa-apa dari pembesar pemerintahan,yang berani melahirkan secara terus terang.Saya telah mempertimbangkan masak-masak.Maka hanya dari sayalah Tuan akan mendengar laporan seperti ini,tidak mungkin dari orang-orang lain yang segaja menutup kebenaran kerana nafsu ambisinya belaka”

-Rasail el Imam el Gazali dalam bahasa parsi,himpunan karangan al-Ghazali

No comments: