28 September 2010
PanggilanMu yang Suci-Rosli Dhobi
07 September 2010
Nasihat Hujjatul Islam Al-Ghazali kepada para pemerintah
03 August 2010
Pelajar tunjuk samseng depan cikgu
video ni aku jumpa kat blog.pelajar yang kurang ajar tue kalau didengar apa yang dia cakap.
mcm asal dari sabah/sarawak.tu ak x pasti la.
kalau ditengok kn tukang tangkap video nie, mmg mcm sengaja atau pun dibuat-buat.
kalau tgk gaya cikgu nyer pun.
mmg ada gaya pun.
siap berbaju batik lagi tue
pada minit ke 4:31 tu,kita nampak pelajar tue serang cikgu.
dah melampau dah bdak2 zaman skrang
betapa kurang ajar budak2 zaman skrang,siap nk ajak cikgu gaduh tue.perghhh.samseng sgt la kn?
gelap la masa depan korang.aminn
#aku kecik2 dlu aku kena tampar,baru skrang ak cter kat bapak ak.tue pun sebab silap lukis peta semenanjung.peta semenanjung ak lukis blah kanan,peta sabah sarawak ak lukis seblah kiri.
kalau ak cter time kena dlu.maw dua kali ak kena penampar
13 July 2010
05 June 2010
Dr Burhanuddin Al-Helmy - Pejuang Agama,Bangsa dan Negara
Nama Dr Burhanuddin Al-Helmi
Tempat Lahir Tanjung Tualang,Perak
Tarikh Lahir 29 Ogos 1911
Meninggal Dunia 25 Oktober 1969
Pendidikan
- Sekolah Melayu Behrang Ulu,Tanjung Malim
- Sekolah Melayu Belirang Ulu Bakap
- Tanah Datar Sumatera Barat
- Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang
- Mendapat gelaran Dr selepas mengikuti bidang Homeopati di India
- Boleh berbahasa Arab,German,Belanda dan Perancis
Kronologi Politik
- Menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939
- Pernah berkerja dengan pihak Jepun di Taiping
- Memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas mengambil alih daripada Mukhtaruddin Lasso selepas Perang Dunia Ke-2
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menetang pelaksaan Malayan Union semasa penyertaan dalam UMNO
- PKMM keluar daripada UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan
- PKMM bergabung dengan AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock
- Beliau bertemu Sukarno dan Hatta di Taiping pada tahun 1945
Karya
- Perjuangan Kita 1946
- Falsafah Kebangsaan Melayu 1947
- Agama dan Politik 1954
- Ideologi Politik Islam 1957
- Meninggal pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada penyakit lelah.Beliau jatuh sakit semasa dalam tahanan ISA.dikatakan menghidap batu karang kerana beliau kerap menahan membuang air kecil untuk mengelak daripada membuang air kecil tempat sembahyang beliau iaitu di sel penjara
Anugerah
- Pingat Emas Commander of World Order of Human Merit daripada I'Ordre Universal du Merit Human,Geneva pada 15 November 1959 atas sumbangan pembangunan perubatan homeopati
Kunyanyikan syair buatmu,
Tentang perjuangan,
Tentang pengorbanan.
Kau yang bertubuh kecil,
Tetapi berjiwa besar,
Tegas pendirian,
Dan berhati mulia.
Dari utara hingga selatan,
Lantang suaramu,
Menentang penjajahan,
Melawan penindasan.
Demi untuk negara,
Demi untuk merdeka,
Kebebasanmu dirampas,
Tetapi, jiwamu … tetap merdeka.
Chorus:
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Kata-kata azimat darimu,
Tak pernah kami lupa.
Walaupun kini jasadmu telah tiada,
Namun semangatmu membakar jiwa,
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan,
Pengorbananmu (perjuanganmu).
17 May 2010
Sistem Barter bermula...
Pada penghujung abad 14 AD,semasa penghujung pemerintahan Augustus,Rom telah mengalami masalah inflasi dimana jumlah matawang semakin berkurang.Dalam situasi tersebut,adalah sukar untuk mendapatkan syling.
Terdapat seorang peniaga di Rom bernama Markos.Beliau mendapat idea untuk menambahkan kepingan duit syiling yang dimilikinya,Markos mengambil keputusan untuk memotong hujung kepingan syiling yang beliau miliki.Beliau mencairkan syiling tersebut dan menuangkan ke dalam acuan berbentuk duit syiling.
Dengan kepingan syiling yang lebih banyak dimiliki olehnya,Markos pergi ke membeli barang untuk keperluan seharian.Apabila beliau mengeluarkan wang syiling yang 'dibuat' olehnya untuk membeli seekor ayam,Peniaga ayam tersebut mendapati syiling yang digunakan adalah lain berbanding syiling yang biasa digunakan.
Peniaga tersebut memikir cara yang mudah untuk berurusan dengan Markos memandangkan markos merupakan orang yang berpengaruh di kota Rom.Peniaga tersebut mengambil keputusan untuk menukarkan barang yang dijualnya iaitu seekor ayam dengan mengambil jaket yang digunakan markos.
Buat seketika Markos terdiam.setelah berfikir.beliau bersetuju dan menerima tawaran tersebut.Selepas peristiwa tersebut,segala urusan jual beli menggunakan sistem tukar suka sama suka yang dinamakan sebagai sistem barter
29 March 2010
Pestabuku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 - "Program Of The Year"
Pada 27/3/2010.aku,nafis dan sayuthi bertolak dari Ipoh pada pukul 8.30 pagi dan sampai di Bkt Jalil pada pukul 11.30 pagi.Aku pada mulanya tak sangka boleh sampai awal.hahaha.aku bajet dalam sejam tue,mmg time sesat atas jalan lah.Alhamdulliah semua berjalan lancar
Pukul 12.00 tengah hari.Kami sampai di stesen lrt Bkt Jalil.Untuk sampai ke stesen PWTC,ambil masa lebih kurang 25 minit jugak.tiket lrt pun RM2.90.ok la tue,kalau naek kate g PWTC trus pun,mahu dkat berpuluh ringgit.
Sampai je dkat stesen PWTC.perghh,ramainyer orang yang datang.mungkin disebabkan tinggal 2 hari je lagi Pestabuku tue kot.
Masuk je PWTC tue,mmg pening dgn org ramai,ppuan lg ramai dari lelaki.ahaha
Antara buku dah aku beli
Bahlut-Faisal Tehrani
Sambil aku jalan-jalan kat booth yang menjual buku.aku terjumpa booth yang menjual setem dan wang.Aku mmg dari zaman tingkatan menengah rendah lagi minat kumpul2 setem ngan duit nie.Aku terus je beli wang kertas yang ssh nk dapat.Antaranya wang kertas dari Iraq,Iran,Cuba dan Korea Utara
Setem pulak,aku beli setem berkaitan merdeka 1957,laksamana Cheng Ho(Zheng He),dan sampul surat hubungan diplomatik China-Malaysia yang ada gambar Tun Abdul Razak bersalaman dengan Mao Zedong
Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Ke-46



