08 September 2009
Pendidikan Seni Visual STPM
17 June 2009
Karekter diri melalui bulan
07 June 2009
Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini:Father of Revolution

Pada 3 June tahun ini,2009.Genap 20 tahun pemergian ikon revolusi Iran iaitu Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini atau lebih dikenali sebagai Imam Khomeini.Bagi rakyat Iran khususnya golongan Syiah,Bulan June merupakan bulan
kebesaran sempena mengenang hari kematian khomeini pada tanggal 3June 1989 dan wafatnya puteri kesayangan Rasullah iaitu Fatimah Az-Zahra.Fatima Az-Zahra sangat dihormati di Iran dan perkataan Az-Zahra menjadi perkataan kegemaran golongan Syiah.Golongan Syiah yg dahulunya tidak dikenali dan tiada kuasa,akhirnya membuka mata seluruh masyarakat dunia dengan mewujudkan sebuah negara Republik Islam yang mengamalkan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Khomeini dilahirkan di pekan Khomeini,300 Km dari bandar Tehran pada tahun 17Mei 1990.Beliau digelar As-sayyid dan didakwa berketurunan Nabi Muhammad SAW.Khomeini mula belajar Quran ketika berumur enam tahun.Beliau mendapat pendidikan awal di rumah dan juga di sebuah sekolah tempatan dan dibawah penjagaan Mullah Abdul-Qassem dan Sheikh Jaffar. Beliau juga turut dijaga oleh abang beliau, Ayatollah Pasandideh.

Khomeini juga menganggap "Kepimpinan yang berkarisma lebih penting daripada populariti".Beliau mendapat sokongan hampir 98% sokongan rakyat Iran.Sesuatu yang amat menakjubkan.Beliau mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie kepada seluruh umat Islam seluruh dunia kerana karya Salman Rushdie yang berjudul The Satanic Verses.
Beliau dinamakan Man of The Year pada tahun 1979 oleh majalah TIME.Penglibat beliau tidak terbatas hanya pada politik sahaja,beliau banyak mencipta sajak dan Puisi dalam Kesusasteraan Iran.

Apabila Shah Reza Pahlavi ditabalkan sebagai shah Iran.Golongan ulama ditindas dengan dasar anti ulama dan Revolusi Putih yang dilancarkan baginda. Putera baginda Shah Mohammad Reza Pahlavi,meneruskan dasar tersebut.Walaupun dasar tersebut baik,golongan ulama ditindas dan Khoemini menyuarakan bantahan terhadap Shah Iran menyebabkan beliau diusir ke Iraq serta merta.
Setelah Saddam Hussein menjadi Presiden Iraq,beliau dihalau oleh Saddam dan melarikan diri di Neauphle-le-Château,Perancis.Semasa di Iraq,beliau banyak memberi ceramah dan menulis buku yang telah dijadikan asas penubuhan Republik Iran.Penulisan beliau dipengaruhi oleh Plato.Beliau menerima pandangan dan falsafah yang diamalkan oleh philisopher Rom tersebut.Beliau juga banyak dipegaruhi dengan pemikiran pemikir agung islam seperti Ibnu Sina dan Mulla Sadra.Beliau mencipta sajak2 yang menaikkan semangat para pejuang Iran yang bertempur semasa perang Iraq-Iran dan masih didendangkan setiap tahun oleh anaknya di memorial perang hingga ke hari ini.

Ketika dalam buangan, Khomeini enggan pulang ke Iran selagi Shah Mohammad Reza masih memerintah. Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad meninggalkan Iran atas alasan untuk percutian. Tetapi beliau tidak pernah kembali selepas itu. Dua minggu selepas itu, Imam Khomeini pulang semula ke Iran dan ketibaan beliau di Mehrabad,Tehran disambut dengan meriahnya oleh penduduk Iran.
Antara yang menarik perhatian saya ialah,sambutan yang diterima Imam Khomeini adalah luar biasa sedangkan beliau dibuang negeri sehingga ke perancis dan apakah yang mendorong rakyat Iran menyambut ketibaan Khomeini?Beliau hanya merakam segala ceramah dan syarahan yang disampaikan oleh beliau menggunakan pita kaset,dan pita tersebut diseludup masuk ke Iran.Jika kita lihat di negara kita hari ini.Punca kekalahan BN pada PRU 12 lalu juga disebabkan Blog dan Internet yang menjadi sumber maklumat yang dipercayai.Adakah BN juga akan menerima nasib yang sama seperti Shah Iran?Terima kasih kepada Iman Khomeini kerana idea tersebut.Dengan Syarahan yang berapi-api dan ceramah yang menuntut keadilan dan menegakkan Islam,Ia telah menaikkan semangat rakyat Iran untuk menggulingkan Shah Iran sekaligus menghapuskan pemerintahan monarki di negara kelahiran Al-Ghazali tersebut.

Semasa Perang Iraq-Iran,Khomeini ada menasihatkan Saddam Hussein supaya bertaubat dan membayangkan jika Saddam mengingkari untuk bertaubat.Saddam akan mati dalam keadaan yang hina ibarat Adolf Hitler Membunuh diri dengan menembak dirinya.Apa yang dikatakan beliau menjadi kenyataan apabila diktator Iraq itu ditemui dibwah lubang tikus dalam keadaan kotor dan selekeh ditambah pula dikenakan hukuman gantung oleh Amerika Syarikat yang dimana semasa Perang Iraq-Iran adalah peyokong kuat Saddam untuk menetang Iran.
"Ulama adalah pewaris nabi".Kata-kata tersebut diharapkan menjadi pedoman kita hari ini dimana golongan ulama dihina dan dikutuk.
Sebagai pemangkin semangat kepada rakyat Iran,Khomeini menyeru askar-askar supaya berjihad menentang Iraq habis habisan.Pada 30,31 March 1979.Satu referundum telah dibuat supaya kerajaan monarki ditukar kpd kerajaan republik islam dan mendapat sokongan 98% rakyat Iran.

Dibawah pemerintahan beliau,Iran mengalami perubahan yang ketara dari segi sosial,ekonomi dan politik.Antara yang diperkenalkan ialah Revolusi Kebudayaan Islam yang menggariskan etika pakaian yang sopan.Semua musik dan filem yang berasal dari barat turut diharamkan semasa pemerintahan beliau.Demokrasi yang diamalkan beliau terbukti dengan menerima pandangan daripada golongan profesional dan sekular untuk memajukan Iran.
Selama 11 hari terlantar di hospital,Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 June 1989 semasa beliau berusia 86.Pemergian beliau ditangisi oleh seluruh rakyat Iran dan juga ummat islam seluruh dunia.Mereka berarak dan berebut-rebut untuk mengusung keranda beliau.
2 juta rakyat Iran menghadiri majlis pengebumian beliau.Sehinggakan keranda kayu yang membawa mayat beliau hampir pecah akibat mereka berebut-rebut mahu mengangkat
keranda beliau.Akhirnya keranda beliau ditukar dengan keranda besi dengan kawalan keselamatan yang ketat.Imam Khomeini dikuburkan di Kompleks Khomeini di Iran.Dari seorang yang hidup dalam buangan hinggalah kewafatan beliau.Imam Khomeini sentiasa dipuja di Iran.
04 June 2009
Terminator Salvation:the end begins

- Watching with Faris,Yen,Chemong and Jabar Asera
- Jusco-3JUNE-Wednesday
- Mydad too excited that me,he was watching at 1June with their freind.haha
- We go at 2pm,konon2 nyer nk tgk kul 3.30 lah,at the end,sume da full.Im waiting untill 6pm.damm bored
- Plot yg Ok tp agak keliru
- Anak lagi tua dr bapak,ade 2 je kejadian di dunia anak lg tua dr bapak.satu lg kat bible.
- Action yang amat menarik dan kreatif kerna tiada yg kreatif melainkan yang kreatif!
- Soalan Cepu Cemas="Bilakah malaysia dapat buat filem sehebat cter ini?"
- Jika P Ramlee masih hidup.I trust it will be!
- Still OK tp bukan yg terbaek.Terminator 2 still best among the best!
- 3 STAR!!!!
cast by:
Christian Bale-John Connor
24 May 2009
Mustafa Kamal Atartuk

Beliau ialah Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
"Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika. Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap".
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M)
"Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap".
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika. Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam. Belaiu telah mengubah ucapan Assalamuaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini. Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah belaiu mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluan kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan. Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek. Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di andalusia sehingga kemerdekaan dapat dicapai."
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah. Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah. Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memeasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid. Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab. Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam. Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah.
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan. Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji. Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M). Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk. Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).





