25 October 2011

Muammar Ghadafi 1942-2011




Tarikh 20 Oktober 2011 merupakan tarikh penamat kepada pemerintahan selama 42 tahun Kolonel Muammar Ghadafi.Tempoh 42 tahun merupan tempoh pemerintahan paling lama di dunia oleh ketua kerajaan bukan berketurunan diRaja selepas Fidel Castro dan Kim Il Sung.
Beliau ditembak oleh pihak penentangan yang memburu beliau selama berbulan bulan berbekal kan senjata yang dibiaya oleh tentera NATO.Beliau sempat meminta belas kasihan supaya tidak ditembak rakyat nya sendiri

disinilah tempat beliau dan anak lelaki beliau Mutassim Ghadafi menyorok dan dibunuh

Berikut adalah gambar menunjukkan mayat beliau dalam keadaan penuh dengan kesan peluru di seluruh badan


Anak lelaki beliau Mutassim Ghadafi


Ghadafi dikenali dengan beberapa perangai yang pelik.antaranya;

Pelbagai Nama
Dengan pelbagai ejaan nama yang digunakan,pihak Nato sukar membekukan aset beliau yang bertaburan diseluruh dunia.Menggunakan nama dalam pasport antarabangsa bernama Muhammad Gaddafi' dan juga nama seperti Muammar Gaddafi,Moammar Gadhafi,Muammar Qaddafi,Mu'ammar Qaddafi,Mu'ammar Al-Qadhafi,Muammar el-Qaddafi,Muammar Khaddafi,Moammar El-Gadhafi dan bermacam macam lagi

Khemah Kalis Peluru
Ketika berada di Tripoli, Ghaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.
Apabila beliau berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat lapang dan difikirkan bersesuai dengan.
Oleh kerana,set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Ghaddafi pergi.
Untuk menghidupkan lagi suasana  padang pasir, beliau juga menambat beberapa ekor dua di luar kawasan khemahnya.


Pengawal anak dara
Pada kebiasaan nya,beliau akan dikawal setiap masa oleh hampir 40 pengawal wanita.Pengawal wanita tersebut dikenali sebagai Amazon,Antara syarat menjadi pengawal beliau  itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.
Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi serta berkemampuan membunuh sesiapa yang mengancam keselamatan Gaddafi.
Seorang pengawal beliau cedera di siku semasa cuba mempertahankan keselamatan beliau.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice:
Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.” Beliau meminati Condoleeza Rice kerana mengganggap wanita itu berkuasa dan bangga kerana orang kulit putih mendengar kata-kata C.Rice.
Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

Takut menaiki pesawat dan lif:
Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.
Melalui laporan WikiLead, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.
Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Berpakaian aneh
Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.Beliau selesa mengenakan pakaian tradisi kaum Badwi dan mengenakai sut tentera jika berada di luar negara


Bila sang pemerintah tiada,beginilah gembiranya si rakyat.









 Lagi gambar apabila rakyat Libya meraikan kejatuhan 42 tahun pemerintahan Muammar Ghadafi sepanjang jalanraya di Triploi,Libya







Antara kata-kata Muammar Ghadafi yang membuat barat berbulu


"Democracy means permenant rules"

"I am not such a dictator that i would shut down Facebook,I'll merely imprison anyone who log in to it"

"A woman has the right to run for election whether she male or female"

"Obeying your parent is more important that doing as your parents say"

"I will stay in Libya untill i die,or untill the end of the time God allow me to live!"

"There must be a world revolution whick puts an end to all materialistic condition hindering woman from performing her natural role in life and driving her to carry out man duties in order to be equal in right"
 
"I cannot recognise either the Palestinian state or the Israeli state. The Palestinians are idiots and the Israelis are idiots".

"Libya has had to put up with too much from the Arabs for whom it has poured forth both blood and money".
"Nations whose nationalism is destroyed are subject to ruin".
"The times of Arab nationalism and unity are gone forever".

"We are telling the American people to have patience, courage, resolve and determination".
"We have been terrorised by what happened in America and we express our condolences to the American people who suffered from this unexpected catastrophe and a new world war".
“There is no state with a democracy except Libya on the whole planet.”

“Libyans do not know Denmark, they do not hate Denmark. They know Italy and they hate Italy.”


video ini memaparkan bagaimana kejamnya golongan pemberontak meliwat muammar ghadafi dengan menggunakan banet,ataupun besi dalam keadaan beliau yang lemah dan tidak melawan (untuk tontonan 18 tahun keatas)

Sekejam-kejam beliau,bukan tiada langsung kebaikan dan kemakmuran yang dibawa oleh beliau selama 42 tahun memerintah Libya.Beliau pernah menanyakan Dr Mahathir mengenai cara kejayaan ekonomi Malaysia dan mengurniakan Dr Mahathir anugerah Al-Gaddafi International Prize.Dengan campur tangan tentera NATO.Sekali lagi Israel dan Amerika menumbangkan pemimpin yang mereka tidak disukai.

Antara jasa-jasa Muammar Ghadafi kepada rakyat Libya dan dunia adalah;
  • Beliau terkenal sebagai dermawan kerana banyak memberi biasiswa kepada rakyat asing untuk menuntut ilmu di Libya
  • Memimpin rakyat dalam membebaskan dari monarki Raja Idris.
  • Memberi sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin
  • Menjadikan Libya salah sebuah negara terkaya dikalangan negara Africa
  • Kadar celik huruf meningkat dari 10% kepada 90%
  • Kadar jangka hayat rakyat Libya meningkat dari umur 57 tahun ke 77 tahun
  • Memberikan Perkhidmatan perubatan,pembelajaran dan pinjaman perumahan secara percuma
  • Menghapuskan diskriminasi dikalangan kaum wanita,kulit hitam
  • Peluang pekerjaan kepada golongan migran
  • Menukarkan tanah Libya yang kering kontang kepada tanah yang subur
  • Membina empangan terbesar ciptaan manusia yang digelar 8 keajaiban dunia.
  • Merupakan antara kerajaan di dunia yang tidak mempunyai HUTANG.

    p/s- rakyat libya melompat gembira sama seperti orang melayu menyambut kedatangan British ke tanah melayu satu ketika dulu.

    1 comment:

    Unknown said...

    Allah lebih mengetahui. Semoga kezaliman ini mendapat mendapat balasan yang setimpal.