Kuala Kangsar,Perak.Ataupun Vintage Malaya gelaran omputih.Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak Darul Ridzuan
Jarak dari Bandaraya Ipoh 30KM.Untuk maklumat lanjut ttg tempat bersejarah klik Kuala Kangsar
Sempena Keputeraan Sultan Perak Azlan Shah Ke-83,Bertempat di Arena Square Majlis Perbandaran Kuala Kangsar MPKK.Bertarikh 30 April 2011 diadakan Karnival motor dan motosikal klasik.
Senarai 100 manusia berpengaruh untuk tahun 2011 yang disenaraikan majalah TIME.Terdiri daripada aktivis reformasi,ketua negara,penulis hinggalah artis.
Revolusi di Mesir yang digerakkan Wael Ghonim وائل غنيم telah menyenaraikan beliau sebagai individu paling berpengaruh untuk tahun 2011 bersama dengan rappers tunisia "El-General" dan Penulis Al-jazeera Ayman Mohyeldin
Francisco Franco (1892-1975) terkenal sebagai salah seorang pengamal Darwanisme seangkatan dengan Adolf Hitler,Mussolini mahupun Stalin pada abad ke-20.
Beliau telah mengatur gerakan "Falange" di Sepanyol dengan bantuan Hitler dan Mussolini.Gerakan yang membawa kesengsaraan dan perang saudara bagi rakyatnya,telah mengheret rakyatnya kepada perang saudara,mengubah saudara menentang saudaranya sendiri dan juga bapa menentang anak.
Sepanjang Perang Saudara Sepanyol,250 orang telah dibunuh setiap hari di Madrid,150 orang di Barcelona dan 80 orang di Seville.Antara seksaan yang dikenakn adalah memasukkan paku ke dalam kepala.
Di perkampungan kecil di Utara Madrid,31 orang kampung yang tidak mengundi Franco telah dibawa keluar dari kampung menggunakan lori dan dibunuh di tepi jalan dengan kejam.
Para pendokong rasialis telah menyerang sebuah bandar berpenduduk seramai 11,000 orang di Seville dan telah membunuh lebih 300 orang.
Berikutan rentetan tindakan kejam Franco,seramai 800,000 orang telah dibunuh,lebih 200,000 orang telah dihukum bunuh atas arahan
Franco dan berjuta-juta orang telah tercedera mahupun menjadi cacat
Francisco Franco dengan "bermurah hati" telah memberikan seluruh penduduk kampung sebagai tempat untuk regim Hitler menguji senjatanya.Beliau telah membuat perjanjian paling kejam dalam sejarah peradaban dunia dengan memberikan bandar-bandar kecil seperti Guernica kepada Nazi untuk dijadikan medan pengujian senjata-senjata mereka.
Pagi May 1937,penduduk Guernica telah menyedari kematian yang dibawakan oleh kapal terbang gergasi dan berton-ton bom,keajaiban baru teknologi Nazi.Perkampungan tersebut telah diserahkan oleh Franco kepada ujian Kapak Terbang Nazi.
Kejadian ini menunjukkan sifat kejam diktator. Franco mengganggap manusia sebagai haiwan makmal.Beratus-ratus manusia mati hanya untuk menguji kekuatan ketenteraan dan persenjataan mereka dan menyiksa beribu-ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan mencacatkan mereka.
“Tuan ketahuilah,bahawa kota Thus ini sedang berada di dalam keruntuhan,kerana kelaparan dan kezaliman.Sewaktu rakyatnya mendengar berita bahawa Tuan akan mengunjungi ke daerah mereka datang dari Asfarain dan Damagan,mereka mati ketakutan.Kaum tani menjual hasil-hasil pertanian mereka,sedangkan pembesar-pembesar yang zalim dan pegawai-pegawai yang korup berusaha mengambil hati rakyat (untuk menutup segala dosa mereka yang lampau),kerana khuatir akan penyelidikan Tuan yang mendalam tentang perbuatan mereka dan perubahan serta keadilan yang Tuan laksanakan.
Tetapi setelah Tuan berkunjung ke Thus dan mereka melihat tidak ada apa-apa perbaikan yang Tuan lakukan,maka hilanglah segala kekhuatiran penzalim-penzalim dan koruptor-koruptor itu.Petani-petani dan pedagang-pedagang bersikap sewenang-wenangnya lagi menjual barang-barangan mereka dengan harga yang mahal dan sangat membebankan rakyat,dan mereka menimbun barang-barang lagi untuk dijual mahal-semahalnya,sedang pembesar-pembesar yang zalim dan pengawai yang korup semakin berani menganiaya rakyat.
“Semua laporan yang bertentangan dengan ini mengenai kota Thus ini,Tuan ketahuilah bahawa datangnya dari orang yang menjadi musuh agama Tuan”
“Tuan ketahuilah,bahawa doa rakyat Thus,baik ataupun buruk,adalah didengar Tuhan.Berkali-kali sudah saya menasihati pembesar setempat,tetapi tidak sudi mendengarnya,sebab nasihat itu hanyalah berguna untuk orang yang sedar,tetapi menjadi hukuman atas orang yang lainnya”
“Tuan ketahuilah,bahawa laporan ini adalah keras,pahit dan kasar bunyinya.Hanyalah orang-orang yang jujur yang tidak mengharapkan apa-apa dari pembesar pemerintahan,yang berani melahirkan secara terus terang.Saya telah mempertimbangkan masak-masak.Maka hanya dari sayalah Tuan akan mendengar laporan seperti ini,tidak mungkin dari orang-orang lain yang segaja menutup kebenaran kerana nafsu ambisinya belaka”
-Rasail el Imam el Gazali dalam bahasa parsi,himpunan karangan al-Ghazali
video ni aku jumpa kat blog.pelajar yang kurang ajar tue kalau didengar apa yang dia cakap.
mcm asal dari sabah/sarawak.tu ak x pasti la.
kalau ditengok kn tukang tangkap video nie, mmg mcm sengaja atau pun dibuat-buat.
kalau tgk gaya cikgu nyer pun.
mmg ada gaya pun.
siap berbaju batik lagi tue
pada minit ke 4:31 tu,kita nampak pelajar tue serang cikgu.
dah melampau dah bdak2 zaman skrang
betapa kurang ajar budak2 zaman skrang,siap nk ajak cikgu gaduh tue.perghhh.samseng sgt la kn?
gelap la masa depan korang.aminn
#aku kecik2 dlu aku kena tampar,baru skrang ak cter kat bapak ak.tue pun sebab silap lukis peta semenanjung.peta semenanjung ak lukis blah kanan,peta sabah sarawak ak lukis seblah kiri.
kalau ak cter time kena dlu.maw dua kali ak kena penampar